Friday, April 26, 2024

Tindakan Mong Dagang Bukan Pendirian Parti – Joseph Salang

Tindakan Ketua Pemuda Parti Rakyat Sarawak (PRS) Datuk Mong Dagang yang didakwa menghentikan bantuan kebajikan kepada seorang individu kurang upaya (OKU) atas alasan menjadi penyokong kuat pembangkang tidak ada kena mengena dengan parti.

Naib Presiden PRS, Datuk Joseph Salang berkata sebaliknya itu adalah tindakan peribadi dan tidak melibatkan langsung pandangan daripada parti.

“Kes itu bukan pendirian parti,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Simposium Penyiaran Digital Persatuan Penyiaran Asia Pasifik (ABU) di Hotel Istana di sini, Rabu.

Akhbar Borneo Post sebelum ini melaporkan bahawa Mong Dagang, yang juga Menteri Muda Pemodenan Pertanian, telah mengeluarkan surat arahan menghentikan bantuan kebajikan kepada Frusis Lebi, 52, kepada Jabatan Pertanian Bahagian Sri Aman.

Berita berkaitan.. Mong justifies stopping aid for DAP operative

Berkaitan - Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini/Latest

Popular