Wednesday, May 8, 2024

Sarawak dijangka alami air pasang besar mulai hari ini

Adenan Satem, Morshidi dan Alfred  Jabu melawat pusat tebatan banjir bagi meninjau paras air Sungai Sarawak
Adenan Satem, Morshidi dan Alfred Jabu melawat pusat tebatan banjir bagi meninjau paras air Sungai Sarawak

Sarawak dijangka mengalami air pasang besar atau ‘king tide’ bermula 19 Januari (hari ini) hingga 26 Januari, dengan paras paling tinggi dijangka 6.3 meter pada 22 dan 23 Januari.

Menurut Kalendar Tahunan Kerajaan Negeri, negeri ini akan mengalami air pasang setinggi 5.7 meter hari ini (19 Januari), diikuti enam meter pada hari berikutnya.

Manakala air pasang pada hari Rabu hingga Sabtu dijangka setinggi 6.2 meter dan pada 26 Januari air pasang besar dijangka 5.7 meter.

Paras air Sungai Sarawak
Paras air Sungai Sarawak

Justeru, orang ramai khususnya yang tinggal di kawasan rendah serta sering dilanda banjir dinasihati untuk mengambil langkah berjaga-jaga serta bersedia menghadapi kemungkinan banjir semasa air pasang, terutama ketika hujan lebat.

Sementara itu, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Daerah Kuching memaklumkan bahawa sungai berdekatan Kampung Batu Kitang telah meningkat kepada hampir pada tahap sama dengan tebing sungai semalam, tetapi surut sehingga jam 8 pagi semalam.

Pegawainya Leftenan (PA) Shaiful Azril Zainal berkata, walaupun paras air surut tetapi anggota JPAM tetap dalam keadaan bersedia berikutan hujan masih turun dengan lebat.

Sementara itu, beberapa kediaman yang berada di kawasan rendah di Kampung Rantau Panjang telah dinaiki air selepas paras air sungai meningkat pada petang kelmarin (Sabtu).

Sehingga jam 8 pagi semalam juga, paras air di Kampung Rantau Panjang telah mulai surut begitu juga dengan paras air di sungai Kampung Sungai Tengah, jelasnya.

Berkaitan - Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini/Latest

Popular