Friday, April 26, 2024

Sambutan Hari Malaysia Sederhana Penuh Bermakna

wpid-hari-malaysia-2014.jpg.jpegSambutan Hari Malaysia Ke-51 Peringkat Sabah.

Biar pun disambut secara sederhana pagi tadi,lebih lima orang menyaksikan majlis penuh bermakna itu yang dianjurkan oleh Kementerian Belia Dan Sukan Negeri.

Acara berlangsung di dewan serbaguna Kompleks Sukan Kota Kinabalu di Likas.

Sambutan dimulakan dengan acara memeriksa kawalan kehormat, oleh Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.

Manakala, Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan mewakili Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

51 pemimpin belia daripada pelbagai etnik yang lahir pada 16 September, membaca ikrar rukun negara.

Ia disusuli upacara perbarisan, membabitkan 26 kontinjen badan beruniform.

Sambutan Hari Malaysia Ke-51 peringkat kebangsaan, tahun ini akan berlangsung di Bandaraya Miri, Sarawak, malam ini.

 

 

Berkaitan - Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini/Latest

Popular