Friday, April 26, 2024

Rasai juadah Melanau di Bazar Ramadan Persatuan Melanau Sibu

Orang ramai yang ingin merasai keenakan juadah masakan Melanau pada bulan Ramadan akan datang bolehlah berkunjung ke Bazar Ramadan anjuran Persatuan Melanau Sibu yang akan diadakan di pekarangan bangunan Persatuan Melanau Sibu dekat Jalan Awang Rambli Amit di sini.

Bazar yang bakal menempatkan 16 gerai itu akan menjual pelbagai jenis makanan seperti kuih-muih, air dan makanan untuk berbuka puasa.

Persatuan Melanau Sibu menawarkan harga RM125 untuk gerai berbumbung dan RM50 untuk tapak tanpa bumbung kepada sesiapa yang berminat untuk berniaga sepanjang bulan Ramadan ini.

Bazar yang akan bermula 1 Ramadan ini bakal dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng Abu Seman Jahwie.

UMAI.. makanan tradisi kaum Melanau

 

 

 

Berkaitan - Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini/Latest

Popular