Tuesday, May 28, 2024

warga China, elak tular koronavirus

Kuching ― Semua warga China dan warga asing yang mengunjungi China dalam tempoh 14 hari lepas akan disekat daripada memasuki Sarawak berkuat kuasa serta-merta sehingga dimaklumkan kelak.

Bagaimanapun, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak memaklumkan langkah itu tidak termasuk mereka yang mempunyai pas pekerjaan, pas pelajar atau pas lawatan sosial jangka panjang.

“Tetapi mereka perlu menjalani kuarantin sendiri yang wajib di rumah selama 14 hari,” jelasnya dalam satu kenyataan semalam.

Menurut jawatankuasa itu, rakyat Sarawak yang pulang dari China dalam tempoh 14 hari lepas juga perlu menjalani kuarantin sendiri yang sama.

“Rakyat China yang sudah berada di Sarawak, dinasihatkan supaya melaporkan kepada konsulat China mengenai tempat tinggal mereka di Sarawak,” menurut jawatankuasa itu sambil menambah bahawa langkah-langkah itu merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan Sarawak untuk mengurangkan penyebaran novel koronavirus 2019 di negeri ini. ― Bernama

Berkaitan - Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini/Latest

Popular