Thursday, May 30, 2024

[VIDEO] Wanita ditahan bantu siasatan kes dera bayi di Mutiara Rini

JOHOR BAHRU  — Seorang wanita tempatan berusia 21 tahun ditahan awal pagi ini untuk membantu siasatan kes mendera bayi di sebuah taska di Mutiara Rini, dekat Skudai, baru-baru ini.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata wanita berkenaan ditahan 2 pagi tadi di Selesa Jaya, Skudai, oleh sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Iskandar Puteri.

“Semalam, Polis Kontinjen Johor telah mengesan dua video tular di media sosial berdurasi 48 saat dan 39 saat menunjukkan seorang perempuan mengasari seorang bayi.

“Hasil siasatan yang dijalankan mendapati kejadian berlaku di sebuah taska di Mutiara Rini, melibatkan seorang bayi perempuan berusia 11 bulan dan seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan,” kata beliau dalam kenyataan, hari ini.

Selain itu, Kamarul Zaman juga berkata taska beroperasi secara tidak sah.

Beliau berkata permohonan reman ke atas wanita itu akan dibuat di Mahkamah Johor Bahru hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1)(A) Akta Kanak-Kanak 2001, jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 10 tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Kamarul Zaman juga mengalu-alukan orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian untuk terus menghubungi pegawai penyiasat Insp Lavanya di talian 019-8822403 untuk membantu siasatan.

Berkaitan - Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini/Latest

Popular