Monday, February 26, 2024

Bot Bakun Mas Karam: Operasi Mengapung Gagal

[youtube https://youtube.com/watch?v=vOu_viamPLk]

 

Bot-Karam-Belaga-Sarawak-gagal-apungSelepas mayat pertama tragedi bot ekspres karam di Belaga, Sarawak ditemui pagi tadi, usaha untuk mengapungkan bot berkenaan masih gagal dilakukan akibat arus deras.

Selain senarai terkini 12 mangsa yang hilang dikeluarkan secara sah oleh pejabat operasi gerakan menyelamat hari ini.

Hari ketiga operasi mencari bersambung semula 7 pagi tadi diketuai 27 anggota bomba.

14 daripadanya unit penyelam dari Balai Bomba Bintulu.

Bagaimanapun, sehingga jam 7 petang tadi usaha mengapungkan bot terbabit masih gagal dan akan bersambung semula esok.

Turut terlibat,13 anggota polis dari Balai Polis Belaga, 7 dari balai polis daerah Kapit, 10 anggota pertahanan awam serta 5 anggota Polis Marin Sarikei dan Sibu.

bot-karam-belagaMenurut Pengarah Operasi Bersama Jawatankuasa Penyelamat merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Belaga, Liwan Lagang keseluruhan kekuatan anggota pasukan penyelamat termasuk lojistik, 154 orang.

Selain anggota keselamatan turut sama berganding bahu dalam operasi ini, Pejabat Kebajikan Masyarakat Belaga, Pejabat Daerah Belaga, Pejabat Kesihatan Kapit dan Belaga, Anggota RELA dan juga pemilik syarikat bot ekspres.

Kami yang membuat liputan operasi menyelamat pagi tadi turut merasai cabaran getir.

Perjalanan pergi balik lebih dua jam perlu mengharungi arus deras.

Di lokasi kejadian, bot ekspres Bakun Mas sudah tidak kelihatan.

Ia ekoran limpahan air dari empangan Bakun yang dilepaskan pagi tadi bagi menaikkan paras air sungai.

Tujuannya, bagi memudahkan tongkang besar memasuki kawasan itu dan  mengapungkan bot terbabit serta ditarik ke darat.

Berkaitan - Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini/Latest

Popular