Tuesday, March 5, 2024

Status Halal – 3 Premis Makanan Laut Di Kuching Diberi Amaran (video)

Status Halal -Premis Makanan Laut Di Kuching Diberi Amaran (

12 premis di sebuah pusat makanan laut terkemuka di Kuching diperiksa dalam satu operasi pemantauan status halal oleh Jabatan Agama Islam Sarawak, JAIS malam tadi.

Daripada jumlah itu, tiga premis disiasat dan diberikan amaran kerana gagal mematuhi piawaian halal dan tidak memiliki sijil halal.

Operasi itu disertai 38 pegawai JAIS dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Sarawak.

Kesalahan yang dikesan membabitkan tiga premis berkenaan termasuk penggunaan bahan yang meragukan.

Perkara itu akan dirujuk kepada panel pengesahan halal Majlis Islam Sarawak untuk tindakan lanjut.

Sepanjang tahun ini, enam premis makanan di seluruh Sarawak dikenakan tindakan sijil halal ditarik balik atas pelbagai kesalahan.

 

Berkaitan - Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini/Latest

Popular