Thursday, May 30, 2024

SOP PRN Sarawak hampir siap, langkah lebih ketat disyorkan

Prosedur operasi standard (SOP) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak sudah hampir siap dan akan dikemukakan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam masa terdekat.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata SOP itu mengambil kira situasi terkini penularan varian baharu COVID-19, Omicron, dengan beberapa langkah lebih ketat disyorkan.

“SOP sudah hampir siap dan Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memperhalusi satu dua perkara untuk dikemukakan kepada SPR.

“Sudah pasti perkembangan terbaru diambil kira supaya SOP yang akan dikemukakan kepada SPR itu adalah lebih ketat agar tiada penularan berlaku pada PRN berkenaan,” katanya pada sidang media khas, hari ini.

Hari ini, Khairy mengesahkan Malaysia merekodkan kes positif pertama varian Omicron, membabitkan seorang pelajar bukan warganegara berusia 19 tahun yang tiba dari Afrika Selatan melalui Singapura pada 19 November lalu.

Sebelum ini, SPR menetapkan 18 Disember ini sebagai hari pengundian bagi PRN Sarawak, dengan penamaan calon pada 6 Disember dan undi awal pula 14 Disember.

Ia menyusuli PRN Melaka yang telah berlangsung dengan pelaksanaan SOP ketat, termasuk larangan berkempen secara bersemuka dan penganjuran program serta aktiviti keramaian, malah ceramah politik membabitkan kehadiran fizikal turut dilarang sama sekali.

 

Berkaitan - Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini/Latest

Popular