Thursday, April 25, 2024

Singapore nafi dakwaan video Taib Mahmud

Monetary Authority of SingaporeVideo kontroversi mendakwa penyelewengan membabitkan Ketua Menteri Sarawak dan keluarganya serta dakwaan mereka menyembunyikan hasil haram itu di Singapura, menerima reaksi tegas daripada Monetary Authority of Singapore.
Akhbar tempatan, The Straits Times melaporkan bank pusat itu berkata dakwaan ‘sting video’ bahawa kerajaan Singapura merahsiakan maklumat kewangan daripada pihak berkuasa Malaysia adalah palsu.
Katanya Singapura menyediakan laporan penuh seperti yang dipinta Malaysia bagi tujuan cukai dan kedua-dua negara mempunyai hubungan kerja yang baik berhubung percukaian.
“Dakwaan itu palsu,” kata bank berkenaan.
“Bertentangan dengan dakwaan dalam video itu, Singapura setakat ini menyalurkan maklumat penuh yang dipohon Malaysia bagi tujuan percukaian.”

Berkaitan - Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini/Latest

Popular