Monday, February 26, 2024

Saya Perlu Bergerak Beberapa Langkah Lagi Sebelum Berundur – Taib Mahmud

20140209-185737200

KUCHING: Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud pada Ahad berkata beliau perlu bergerak “beberapa langkah lagi” sebelum bersara dari jawatannya.

Beliau berkata antara perkara yang perlu beliau lakukan ialah memohon perkenan menghadap Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Barieng untuk memberitahu Tuan Yang Terutama mengenai hasrat beliau untuk bersara dari jawatan Ketua Menteri Negeri.

“Saya perlu uruskan setiap perkara mengikut susunannya,” kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat pemimpin-pemimpin Barisan Nasional Sarawak di ibu pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di sini.

Taib ialah Presiden PBB dan pengerusi Barisan Nasional Negeri.

Ditanya sama ada beliau akan berundur menjelang hujung bulan ini, Taib menjawab: “Ya…saya fikir begitulah…supaya saya dapat gaji penuh untuk Februari”. –

Berkaitan - Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini/Latest

Popular