Thursday, April 25, 2024

Sarawak cadang penubuhan universiti teknologi di Sibu

SIBU: Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, berkata kerajaan bercadang menubuhkan sebuah universiti teknologi di Sibu bagi menampung keperluan tenaga kerja Koridor Tenaga Yang Boleh Diperbaharui Sarawak (SCORE).

Berucap pada sambutan ulangtahun ke-110 SMK Methodist Sibu di sini, malam tadi, beliau bagaimanapun tidak menyatakan butiran lanjut berhubung penubuhan universiti tersebut.

Namun, beliau menyeru semua pihak di sini supaya bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi memastikan penubuhannya menjadi kenyataan.

Menurutnya, pada masa sekarang terdapat empat universiti dan banyak pusat latihan perniagaan serta pengurusan di negeri ini.

Katanya, memandangkan Sarawak memerlukan lebih ramai tenaga kerja terlatih dalam bidang teknikal, tumpuan akan diberikan kepada pendidikan dan latihan teknikal.

Berkaitan - Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini/Latest

Popular