Wednesday, April 24, 2024

Sarawak Bentang Usul Tuntut Semula Hak Negeri

Kerajaan negeri Sarawak akan membentangkan usul pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) bulan depan berhubung tuntutan semula hak Sarawak.

adenan sarawakKetua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem hari ini berkata, usul itu secara spesifik akan menumpukan pada keperluan untuk kerajaan Persekutuan memenuhi hak-hak Sarawak seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) 1963 dan Laporan Suruhanjaya Cobbold 1962.

“Usul akan dibentangkan oleh seorang daripada menteri (negeri),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Tiga Tahun Sekali (TDC) Parti Rakyat Sarawak (PRS) kali ke-4, di Bintulu, hari ini.

DUN Sarawak akan bersidang dari 21 hingga 30 November ini.

Sabah, Sarawak, Singapura dan Tanah Melayu membentuk Persekutuan Malaysia pada 1963. Singapura keluar daripada persekutuan pada 1965.

Berkaitan - Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini/Latest

Popular