Tuesday, May 28, 2024

PRN Sarawak: PKR bertanding 27 kerusi, berbanding 47 kerusi

KUCHING- Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan untuk meletakkan calon di 27 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sahaja berbanding 47 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ini.

Pengarah Pilihan Raya PKR Negeri Sarawak, Dominique Ng berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan penilaian terhadap bilangan kerusi yang mampu dimenangi parti berkenaan.

“Awalnya kita kata 47 kerusi adalah kerusi tumpuan tapi kita tidak kata mahu bertanding di semua 47 kerusi.

“Fokus kita sekarang ini adalah jumlah kerusi yang boleh dimenangi PKR, berbanding letak calon yang langsung tak ada peluang nak menang,” katanya pada sidang akhbar di sini tadi.

Menurutnya, PKR juga membuat keputusan untuk tidak lagi bertanding di lebih 40 kerusi DUN seperti PRN yang diadakan sebelum ini.

“Dulu kita cuba saingi Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang dulunya dalam Barisan Nasional (BN) dan mengelakkan berlakunya kerusi menang tanpa bertanding, itu prinsip kita sebelum ini.

“Tetapi sekarang ada banyak parti, jadi kita kena kurangkan jumlah kerusi dan bersikap lebih realistik, bertanding sikit untuk fokus menang banyak. Sebab itu, ada pengurangan yang drastik terhadap bilangan kerusi dipertandingkan PKR,” ujarnya.

Antara calon PKR bertanding pada PRN Sarawak kali ini ialah Pemangku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sarawak, Abang Zulkifli Abang Engkeh di DUN Beting Maro.

Turut diumumkan Naib Pengerusi MPN PKR Sarawak, Roland Engan yang akan bertanding di DUN Mulu.

Setiausaha Agung PKR Sarawak, Joshua Jabeng pula akan bertanding di kerusi DUN Kakus.

Berkaitan - Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini/Latest

Popular