Wednesday, May 22, 2024

PRN Sarawak: Penamaan calon mulai 9 pagi, aktiviti perarakan tidak dibenarkan

“Penyokong-penyokong parti politik yang diwakili oleh bakal-bakal calon tidak dibenarkan hadir ke PPC,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Jelas Ikmalrudin, aktiviti berkumpul dan perarakan oleh penyokong calon bertanding juga tidak dibenarkan di mana-mana tempat sepanjang hari penamaan calon.

Katanya lagi, bagi memudahkan proses penamaan calon, SPR menyeru kepada bakal-bakal calon yang ingin bertanding dalam PRN-12 Sarawak agar mengisi dan membuat semakan awal pengisian borang tersebut dengan Pejabat Pegawai Pengurus atau Pejabat Pilihan Raya Negeri Sarawak sebelum hari penamaan calon.

“Selain itu, bakal-bakal calon juga adalah disarankan untuk membuat pembayaran deposit lebih awal.

“Perlu diingatkan bahawa resit pembayaran tersebut hendaklah dibawa pada hari penamaan calon sebagai bukti bayaran.
“Ini adalah bertujuan untuk memastikan semua proses penamaan calon dapat diselesaikan lebih awal dan berjalan lancar,” ujarnya.

Bagi calon yang mewakili mana-mana parti politik pula, SPR mengingatkan bahawa surat kebenaran untuk menggunakan simbol parti yang diwakili hendaklah dikemukakan semasa menyerahkan Kertas Penamaan Calon.

Dalam masa yang sama, Ikmalrudin berkata SPR berharap agar proses penamaan calon berjalan lancar tanpa apa-apa insiden tidak diingini, khususnya yang boleh mengganggu ketenteraman awam.

“SPR menyeru kepada semua calon dan parti-parti politik yang terlibat agar sentiasa mematuhi undang-undang, peraturan, tata etika dan arahan-arahan yang dikeluarkan oleh SPR, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Sarawak Disaster Management Committee (SDMC) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pada hari penamaan calon,” katanya.

SPR menetapkan 18 Disember sebagai hari pengundian bagi PRN-12 Sarawak.
Penamaan calon pula pada 6 Disember manakala undi awal pada 14 Disember.

Berkaitan - Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini/Latest

Popular