Tuesday, May 28, 2024

Mayat wanita lemas di Paitan ditemui

Keadaan mayat mangsa yang ditemui terapung berdekatan tebing sungai Kampung Sulit.
Keadaan mayat mangsa yang ditemui terapung berdekatan tebing sungai Kampung Sulit.

Mayat seorang wanita yang dilaporkan lemas di sungai Kampung Sulit di sini dua hari lepas ditemui hari ini.

Mayat Rusnah Sarakan, 47, yang dilaporkan hilang ditemui terapung tengah hari tadi kira-kira 100 meter dari lokasi dia dilaporkan hilang.

Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Sivanathan Velautham mengesahkan penemuan mayat itu.

Mangsa dilaporkan hilang oleh suaminya ketika dia seorang diri pergi ke sungai yang terletak 500 meter di belakang rumah mereka untuk mengambil air.

Dia dipercayai terjatuh ke dalam sungai dari perahunya.

Berkaitan - Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini/Latest

Popular