Tuesday, April 23, 2024

Mana janji rejim PH kepada anak muda Sabah dan Sarawak?

Apa sudah jadi dengan dua janji sebelum PRU14 yang dilaungkan ini untuk mempengaruhi undi anak muda dan pengundi Sabah dan Sarawak?

Apakah rancangan kerajaan PH untuk menjana satu juta pekerjaan dengan gaji minima RM2,500? Yang diluluskan selepas PRU14 hanya RM1,050 sebulan.

Apa dah jadi dengan janji untuk membayar balik 50% dari hasil cukai-cukai yang dikutip dari Sabah dan Sarawak?

Semasa saya menjadi Perdana Menteri, saya banyak beri tumpuan kepada Sabah dan Sarawak dari segi projek pembangunan, hak-hak dan peruntukan kerana pendirian saya ialah mereka tidak diberi layanan yang adil sebelum itu. Sabah dan Sarawak sentiasa dekat dengan hati saya.

Seperti juga dengan undi pemuda, sokongan dari Sabah dan Sarawak adalah amat penting untuk kemenangan PH pada PRU14. Tanpa kemenangan di dua tempat itu, PH tidak mungkin akan menang.

Sepatutnya, sokongan mereka ini dibalas dengan memenuhi janji-janji khusus untuk Sabah dan Sarawak.

Pemimpin yang memahat janji untuk memulangkan 50% hasil cukai ini sudah menjadi menteri kewangan dan kini dia ada kuasa untuk memenuhi janjinya. Rakyat Sabah dan Sarawak patut tuntut dari dia.

Pada pendapat saya, janji-janji yang di beri dalam ceramah-ceramah, sidang akhbar ataupun kenyataan akhbar mereka patut ditepati juga.

Jangan mengambil kesempatan untuk menipu rakyat yang tidak membaca buku manifesto yang begitu tebal itu.

Jika anda berani menabur janji di depan pengundi bila berceramah dengan penuh yakin, maka tepatilah janji itu dengan penuh yakin juga.

Facebook Najib Razak

—————
https://pakdin.my/tag/sabah
https://pakdin.my/tag/sarawak

Berkaitan - Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini/Latest

Popular