Thursday, April 25, 2024

Kerajaan perlu mandat besar untuk teruskan dasar pembangunan di Sarawak – Abang Jo

SERIAN: Kerajaan negeri di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) memerlukan mandat yang besar daripada rakyat untuk meneruskan dasar pembangunan Sarawak ke arah 2030, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Apa yang kita ingatkan ialah kita melihat dasar kita. Sekarang beduk sudah berbunyi, macam-macamlah cerita tetapi yang perlu ialah dasar kerajaan yang harus kita diambil kira untuk masa depan kita.

“Kerajaan negeri sudah ada dasar pembangunan pasca pandemik COVID-19 ke arah 2023. Apa yang dikehendaki ialah kita mempunyai mandat yang besar daripada rakyat untuk meneruskan usaha pembangunan kita ini.

“Ini yang penting bagi kita dan Insya-Allah kita akan terus bekerja sama untuk melaksanakan apa yang menjadi impian rakyat Sarawak…Hari ini impian sudah menjadi realiti khasnya di Serian dengan siapnya Lebuhraya Pan Borneo Sarawak Jajaran Serian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Jalan Lebuhraya Pan Borneo Sarawak Jajaran Serian, Pakej Kerja 03 di Serian hari ini.

Majlis itu disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Abang Johari berkata Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak, Jajaran Serian jelas telah mengubah wajah bahagian Serian menjadi bandar yang pesat membangun dari segi ekonomi.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata jajaran yang telah siap itu juga telah menjadikan bandar Serian indah dan moden.

Menurutnya lagi siapnya projek berkenaan menggambarkan pentingnya kerja sama erat antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan dan percaya dengan hubungan yang baik itu Fasa 2 Lebuhraya Pan Borneo Sarawak dapat diteruskan.

“Ini adalah hasil kita bersama. Kerajaan GPS bekerja rapat dengan kerajaan persekutuan. Banyak lagi bakal dilaksanakan dan akan terus diusahakan antaranya kesalinghubungan maya menerusi Projek JENDELA (Pelan Jalinan Digital Negara).

“Ini penting kerana kita menuju ke arah ekonomi digital maka kita perlu membangunkan infrastruktur digital…Perdana Menteri (Ismail Sabri) telah mengumumkan beberapa pendekatan untuk menaik taraf infrastruktur ini, bermakna kesalinghubungan jalan raya dan maya, kedua-duanya dilaksanakan,” ujarnya.

Hadir sama Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu Datuk Amar Micheal Manyin Jawong dan Ahli Parlimen Serian Datuk Seri Richard Riot Jaem.

Berkaitan - Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini/Latest

Popular