Thursday, April 25, 2024

Jangan sertai perhimpunan haram di Kuching esok: Polis

KUCHING: Polis hari ini mengingatkan orang ramai agar tidak menyertai sebarang perhimpunan anjuran Gerakan Untuk Perubahan Sarawak (MoCS) esok, kerana tiada sebarang permit dikeluarkan untuk tujuan itu.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Kominsioner Mun Kock Keong berkata, polis sudah mendapat perintah mahkamah semalam (11 Ogos) untuk mengambil tindakan terhadap penganjur dan peserta perhimpunan terbabit jika mereka masih lagi enggan mematuhi arahan yang diberikan polis.

“Polis juga diberikan kuasa untuk menahan sembilan indidivu termasuk Ketua MoCS, Franchis Siah sendiri jika mereka berada di kawasan sekitar halaman Muzium Sarawak, petang esok,” katanya.

Beliau berkata, untuk memastikan keadaan terkawal, pasukan keselamatan diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga di beberapa lokasi strategik sekitar kawasan yang dirancang untuk perhimpunan itu.

Polis juga sudah bersedia dengan beberapa strategi untuk mengawal sebarang perhimpunan haram berdasarkan kepada beberapa pengalaman sebelum ini

Berkaitan - Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini/Latest

Popular