Tuesday, May 28, 2024

Individu belum lengkap vaksinasi dari negeri lain, perlu kuarantin

KUCHING: Individu dari negeri lain yang belum lengkap vaksinasi dan masuk ke Sarawak perlu menjalani kuarantin wajib selama 10 hari di stesen kuarantin yang ditetapkan.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, mereka juga perlu menjalani ujian saringan RT-PCR pada hari ke-8.

Katanya keputusan itu dibuat sebagai langkah berjaga-jaga daripda risiko penularan varian dibimbangi (VOC) Omicron.

JPBNS berkata keputusan itu susulan daripada kenyataan Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin, terdapat kes pertama positif VOC Omicron telah dikesan di Malaysia dan kes merupakan seorang pelajar di sebuah universiti swasta di Ipoh, Perak.

“Bagi Vaccinated Travel Lane (VTL) Singapura – Malaysia, mereka perlu menjalani kuarantin wajib di stesen kuarantin yang ditetapkan di ‘First Point of Entry’ ke Sarawak

“Bagi Langkawi Travel Bubble, semua pengembara yang memasuki Sarawak dikehendaki melakukan ujian pengesanan COVID-19 (RT-PCR) tiga hari sebelum berlepas (berada di Langkawi melebihi tujuh hari sebelum memasuki Sarawak),” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

JPBNS berkata itu bagi semua pengembara dari Botswana, Eswatini, Lesotho, Mozambique, Namibia, Afrika Selatan, Zimbabwe dan Malawi) dan negara yang berisiko tinggi dimana berlakunya penularan VOC Omicron

Katany mereka perlu menjalani kuarantin wajib selama empat belas (14) hari di stesen kuarantin yang ditetapkan di ‘First Point of Entry’ ke Malaysia, tanpa mengira status vaksinasi.

“Selain itu mereka juga perlu menjalani ujian Saringan RT-PCR pada hari ke-12,” katanya.

Manakala kata JPBNS bagi negara-negara lain untuk yang lengkap vaksinasi COVID-19, mereka perlu menjalani kuarantin wajib selama tujuh hari di stesen kuarantin yang ditetapkan dan ujian saringan RT-PCR pada hari ke-5.

Sementara bagi yang belum lengkap vaksinasi COVID-19, mereka perlu menjalani kuarantin wajib selama 10 hari di stesen kuarantin yang ditetapkan dan ujian saringan RT-PCR pada hari ke-8.

JPBNS menegaskan, pengembara dari luar negara wajib melaporkan sejarah perjalanan kepada petugas di lapangan terbang.

Katanya tindakan undang-undang boleh diambil sekiranya memberi maklumat palsu atau gagal melaporkan sejarah perjalanan terdahulu.

JPBNS turut menasihatkan kepada orang ramai agar terus mematuhai arahan kesihatan ditetapkan. – BERNAMA

Berkaitan - Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini/Latest

Popular