Thursday, April 25, 2024

GPS umum manifesto pada 8 Dis – Abang Jo

Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan mengumumkan manifesto parti bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 pada 8 Dis, kata Pengerusinya Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Untuk manifesto GPS kami akan mengumumkannya pada 8 Dis,” katanya selepas menghadiri majlis penyerahkan watikah kepada calon GPS untuk PRN Sarawak di sini hari ini.

GPS terdiri daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP).

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan tarikh penamaan calon bagi PRN Sarawak pada 6 Dis, pengundian awal pada 14 Dis dan hari pengundian pada 18 Dis.

Berkaitan - Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini/Latest

Popular