Wednesday, April 24, 2024

Fatimah selar blogger persoal prioriti kementeriannya

KUCHING: Menteri Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, Datuk Fatimah Abdullah menyelar seorang blogger tempatan kerana secara sindiran mendakwa beliau mengabaikan kawasan negeri Dalat, terutama selepas beliau dilantik ke portfolio sekarang.

Fatimah, satu-satunya menteri wanita dalam kabinet negeri, berkata beliau turun padang hampir setiap minggu dan sering melawat kampung terpencil bagi melihat projek di kawasan yang kebanyakannya didiami masyarakat Melanau dan Iban.

Beliau menegaskan demikian selepas menghadiri majlis sembelihan lembu korban Aidiladha di Semariang di sini, hari ini.

Mengulas tulisan blogger berkenaan yang mendakwa beliau terlalu fokus kepada tugas kementeriannya hingga mengabaikan pengundinya, Fatimah berkata itu pandangan peribadi blogger berkenaan yang tidak tahu pergerakannya.

Fatimah dinaikkan pangkat ke menteri penuh semasa rombakan kabinet pada 28 September lalu.

Berkaitan - Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini/Latest

Popular