Friday, September 22, 2023

COVID-19: Sarawak rekod 71 kes, tiga kematian

KUCHING: Sebanyak 71 kes positif baharu COVID-19 dikesan di Sarawak hari ini dengan daerah Kuching merekodkan jumlah kes tertinggi iaitu 25 kes.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan berkata dengan pertambahan ini, jumlah keseluruhan kes positif di Sarawak kini meningkat kepada 251,213 kes.

Menjelas lanjut JPBNS berkata bagi kes harian hari ini, kategori dua (gejala ringan) merekodkan jumlah tertinggi iaitu 45 kes diikuti kategori satu (tiada gejala) 25 kes dan satu kes kategori tiga (jangkitan paru-paru).

“Selain Kuching, turut merekodkan kes positif baharu COVID-19 hari ini adalah daerah Miri (10), Bintulu (9), Kabong (7), Sibu (6), Limbang (4), Samarahan (3) dan masing-masing satu kes di Lawas, Simunjan, Mukah, Kapit, Kanowit, Sri Aman dan Subis,” ujarnya.

JPBNS juga memaklumkan tiga kes kematian akibat COVID-19 dikesan di negeri ini pada 1, 2 dan 4 Disember 2021, melibatkan wanita berusia 64 dan 37 tahun masing-masing dari Kuching dan Mukah, serta seorang lelaki berusia 69 tahun dari Betong.

Kesemua kes katanya, dilaporkan mempunyai komorbid seperti darah tinggi, kencing manis, dislipdemia, penyakit buah pinggang kronik, penyakit jantung dan obesiti.

Berkaitan - Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini/Latest

Popular