Monday, June 17, 2024

BN Janji Bela Nasib Rakyat Sarawak (video)

…..
najib-kuchingBarisan Nasional menjanjikan komitmen dan iltizam tinggi untuk meneruskan kesinambungan membela nasib rakyat Sarawak serta masa depan generasi akan datang di bawah kerajaan BN.

Sehubungan itu, Pengerusi BN, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak meminta rakyat Sarawak agar bijak dalam menentukan kerajaan.

Ini kerana, pembangkang katanya tiada agenda yang jelas dan tiada rekod cemerlang dalam membela nasib rakyat terutamanya di luar bandar.

Datuk Seri Mohd Najib memulakan lawatan kerjanya dengan menghadiri majlis pemimpin bersama rakyat di dataran Krian Saratok.

Ketibaan beliau disambut calon BN bagi kerusi Parlimen Saratok, Tan sri William Mawan Ikom bersama lebih 6,000 penduduk Saratok.

Dalam ucapannya,Datuk Seri Mohd Najib mengingatkan penduduk Saratok bahawa hanya kerajan BN mampu membela nasib penduduk luar bandar.

Ia terbukti dengan kegagalan pakatan rakyat mentadbir urus empat negeri dalam tempoh 5 tahun sebelum ini.

Sebaliknya, BN telah banyak berjasa kepada penduduk di Sarawak selama ini.

Berkaitan - Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini/Latest

Popular