Thursday, April 25, 2024

Anggota tentera cuba halang pesawat berlepas ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching

ltak-tentera-halang-pesawat

Seorang anggota tentera ditahan untuk siasatan lanjut selepas cuba menghalang penerbangan sebuah pesawat penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) di sini, semalam.

Menurut sumber, suspek berusia 28 tahun dikatakan menceroboh kawasan larangan di LTAK sebelum cuba menghalang penerbangan menuju ke Sibu sekitar jam 7.30 pagi.

Bagaimanapun, beberapa anggota polis yang bertugas semasa kejadian berjaya menghalang suspek daripada melakukan perkara yang tidak diingini dan terus menahannya untuk siasatan lanjut.

“Suspek ditahan selepas disyaki menceroboh dan cuba menahan sebuah pesawat yang hendak berlepas ke Sibu,” kata sumber itu.

Sehingga berita ini ditulis semalam, suspek difahamkan masih dalam tahanan polis dan motif kejadian masih disiasat.

Berkaitan - Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini/Latest

Popular