Monday, February 26, 2024

685 bakal jemaah haji Sarawak jalani kursus dalam talian

Seramai 685 bakal jemaah haji Sarawak bagi musim haji 2022 kini menjalani Kursus Asas Haji (KAH) secara dalam talian bermula 19 Nov hingga 20 Feb depan.

Menurut Lembaga Tabung Haji (TH), KAH yang dilaksanakan selama 14 minggu bagi setiap siri itu adalah sama seperti kursus haji sebelum ini yang diadakan secara fizikal di masjid-masjid terpilih.

KAH memberi penekanan kepada perlaksanaan ibadat haji termasuk mengenai falsafah haji, sejarah, rukun-rukun haji dan umrah serta perkara berkaitan isu-isu wanita dalam ibadah haji.

“Penganjuran kursus sepanjang tempoh norma baharu ini mungkin menjadi cabaran kepada peserta, khususnya dari segi penyediaan peralatan kursus di rumah dan juga mungkin masalah capaian internet terutama yang tinggal di kawasan pendalaman.

“Bagaimanapun, seiring dengan kemajuan teknologi dan juga demi mematuhi prosedur standard operasi, maka cara ini adalah dilihat lebih tepat dan selamat selain para peserta juga boleh berinteraksi secara langsung sepanjang kursus,” katanya dalam kenyataan itu.

Pelaksanaan KAH dibuat secara dalam talian dan secara langsung di laman YouTube Tabung Haji setiap negeri.

— BERNAMA

Berkaitan - Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini/Latest

Popular