Friday, February 23, 2024

Bot Bakun Mas Karam: 192 Mangsa Disahkan Selamat – Senarai 11 Yang Masih Hilang

 

bot-karam-belaga192 mangsa bot ekspress karam di Sungai Rajang, Belaga, Sarawak, semalam, disahkan selamat.

Manakala, gerakan mencari dan menyelamat diteruskan bagi menjejak lebih 12 mangsa yang dilaporkan hilang.

Operasi mencari dan menyelamat hari ini, Acryl Sani berkata, sebanyak 100 petugas terlibat dan mereka terdiri daripada anggota polis, anggota bomba dan penyelamat, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela), kakitangan Pejabat Residen, Jabatan Kesihatan serta penduduk kampung.

Katanya, turut terlibat ialah 18 orang penyelam profesional.

Dalam pada itu, usaha mencari dan menyelamat mangsa yang ditumpukan di sekitar kawasan Jeram Bungan ditamatkan jam 5.15 petang tadi dan akan disambung semula 7 pagi esok.

Penyelam pasukan bomba dan polis berdepan dengan halangan arus deras.

Menurut beliau, pihaknya sedang berusaha mendapatkan bantuan dua buah tongkang bagi mengeluarkan bot ekpress berkenaan.

Senarai Nama 11 Penumpang Yang Masih Hilang

1. Anuar Margaret (lelaki)  ditemui selamat https://pakdin.my/?p=34083

2. Akong Empam (lelaki) ditemui selamat https://pakdin.my/?p=34026

3. Handry Linggi (lelaki) ditemui selamat https://pakdin.my/?p=34026

4. Mejerin Bantan (perempuan) ditemui selamat https://pakdin.my/?p=34083

5. Ricky Sunus (lelaki) ditemui selamat https://pakdin.my/?p=34083

6. Ejang anak Nabau (lelaki) ditemui selamat https://pakdin.my/?p=34099

7. Roslin Jati (perempuan)

8. Simon Patrick (lelaki)

9. Paulus (lelaki)

10.Maurice anak Ajan (perempuan)

11. Welson Lat (lelaki) ditemui selamat https://pakdin.my/?p=34083

12. Wesly Belaja Nelson (lelaki) ditemui selamat https://pakdin.my/?p=34083

13. Tujok Lah (lelaki) Mayat ditemui tidak jauh dari lokasi https://pakdin.my/?p=34019

Berkaitan - Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini/Latest

Popular